IKAN salmon dikatakan mempunyai komponen tambahan yang dapat membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
IKAN salmon dikatakan mempunyai komponen tambahan yang dapat membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
BERSENAM membantu melambatkan proses penuaan.
BERSENAM membantu melambatkan proses penuaan.
HM Digital

1. Kalsium

Tulang antara aset yang penting tubuh. Makin bertambah usia, makin rapuh tulang-tulang dalam tubuh.

Bermakna tulang perlu dipelihara dengan mengambil makanan tinggi kalsium supaya otot kekal aktif.

Kalsium boleh didapati pada makanan seperti bayam, lobak, brokoli, yogurt, tauhu, kacang almond.

2. Omega-3

Kajian menunjukkan bahawa asid lemak Omega-3 juga membantu melindungi daripada keradangan dan kerosakan yang terjadi apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Ikan salmon umpamanya, mempunyai komponen tambahan yang dapat membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

3. Bina sokongan sosial

Otak kita perlu dirangsang untuk kekal awet muda.

Membina hubungan baik (bersemuka) dengan orang sekeliling antara langkah terbaik untuk kesihatan otak.

4. Elak kafein

Kafein dikatakan bersifat duretik dan mengeluarkan air dari tubuh.

Kekerapan buang air kecil menjadi tinggi. Pada sesetengah orang pula, kafein menyebabkan rasa ingin buang air besar.

Andai air terus-terusan dibuang, kulit menjadi kering, kelihatan berkedut dan nampak tua.

5. Elak makanan proses

Dalam makanan itu tersembunyi gula, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan dan pelbagai lagi yang memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

6. Jaga emosi

Tekanan juga boleh mengurangkan vitamin dan mineral dalam tubuh manusia. Antara yang menjadi 'mangsa' ialah vitamin C , B dan magnesium.

Bukan sekadar kesan ke atas vitamin dan mineral, malah tekanan dengan hormone homocystein akan menghilangkan kolagen di dalam tubuh. Sekali gus wajah kelihatan lebih tua.

7. Vitamin C

Vitamin C dari sumber natural dapat kurangkan kedutan pada kulit. Ia membantu melembapkan kulit selain lambatkan proses penuaan.

Antara buah-buahan kaya vitamin C ialah buah oren, mangga, belimbing, nanas, jambu batu

8. Elakkan gula putih

Kajian dapati apabila bertahun anda mengambil gula berlebihan, ia menyebabkan berlakunya proses glycation. Kesannya, kulit mudah berkedut!

9. Tidur Cukup

Kulit menghasilkan kolagen baru ketika anda tidur.

Jika banyak kolagen ia membantu kulit menjadi lebih tegang.

10. Senaman

Tidak dinafikan bersenam membantu melambatkan proses penuaan.

Apabila berpeluh, ia meningkatkan aliran darah ke otak dan membantu wajah bertambah sihat dan segar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2023 @ 6:40 AM