KOPI bersama kulit kayu manis membantu memberi manfaat kepada kesihatan.
KOPI bersama kulit kayu manis membantu memberi manfaat kepada kesihatan.
Nurul Husna Mahmud


PENGHUJUNG tahun adalah tempoh peralihan monsun yang lazimnya berlaku musim tengkujuhdi kebanyakan tempat di negara ini.

Bagi segelintir orang, peralihan musim itu memberi rasa kurang selesa kerana kesihatan mereka cukup sensitif dengan perubahan cuaca hingga menyebabkandemam, batuk, selsema dan sebagainya.

Untuk golongan itu, banyakkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kebaikan terutama vitamin C bagi mencegah rasa 'kurang sihat.'

Namun begitu, terdapat penyelesaian lebih mudah iaitu sentiasa amalkan pengambilan minuman panas di kala musim berkenaan bagi menghangatkan diri. Selain membantu diri anda selesa untuk mengharungi musim tengkujuh yang panjang.

Berikut beberapa pilihan minuman panas yang baik untuk kesihatan di samping menjadi pelengkap kepada sajian petang untuk dinikmati bersama keluarga:

1. Teh halia

Beberapa hirisan halia yang diletakkan ke dalam air mendidih bersama teh memberi aroma yang cukup menenangkan.

Kombinasi ramuan itu dikatakan menjadi 'penawar' kepada masalah kembung perut selain membantu melancarkan pengaliran darah.

Sementara itu kebaikan teh pula dikatakan mampu membantu menangani masalah pernafasan yang ringan atau gejala selsema.

Jika ditambah dengan sedikit madu dan lemon, kebaikan lain antaranya membantu meredakan masalah kekejangan akibat senggugut.

TEH halia bantu tangani kembung perut dan rasa selsema.
TEH halia bantu tangani kembung perut dan rasa selsema.

2. Susu badam bersama rempah herba terpilih

Penyediaannya mudah iaitu kisar badam segar bersama air panas dan tapisuntuk dapatkan airnya. Kemudian panaskan di atas api kecil bersama campuran herba seperti buah pala dan kulit kayu manis.

Antara kebaikan susu badam ialah membantu mengenyangkan tetapi tidak mengganggu sistem pencernaan terutama mereka yang mempunyai masalah toleran gluten.

Susu badamjuga memiliki kalesterol lebih rendah dan mudah dicernakan. Ia lebih baik diambil tanpa pemanis. Ada juga menyarankan untuk hasil lebih baik ia dimasak dengan beberapa cangkir cengkih bagi membantu menangani masalah radang pada saluran pernafasan dan menguatkan sistem imun.

3. Coklat panas

Cita rasa klasik apabila sajian itu sering dilihat dalam drama atau filem dari Eropah selain dijadikan minuman untuk membantu menghangatkan diri ketika musim sejuk.

Ada kajian terhadap kebaikan koko menemui katekin iaitu sumber semula jadi yang memiliki ciri-ciri antioksida dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.

Selain itu ada kompaun kimia lain dipanggil flavanoid iaitu antioksida lain yang membantu menangani masalah radang termasukpada sistem pernafasan.

Penyediaan lebih selektif dalam pemilihan serbuk koko lebih baik tanpa pemanis. Kaedahnya dengan memanaskan susu rendah lemak, kemudian masukkan serbuk koko dengan kadar mengikut cita rasa masing-masing.

4. Kopi Kayu Manis

Selalunya kopi panas manis menjadi pilihan bagi kebanyakan orang untuk diminum ketika musim hujan. Namun kali ini cuba lakukan perubahan ke arah pengambilan minuman terbabit secara lebih sihat dengan menggantikan pemanis kepada serbuk kayu manis atau kulit kayu manis.

RemaPh ratus yang biasanya digunakan dalam masakan itu ada kebaikan lain iaitu mengandungi elemen antioksidan dan memiliki sifat anti radang. Rasanya sebati dengan kopi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 6:09 AM