MINUMAN panas seperti teh dan kopi boleh membantu mengurangkan rasa kejang. FOTO Ihsan Pembaca & Sumber Google
MINUMAN panas seperti teh dan kopi boleh membantu mengurangkan rasa kejang. FOTO Ihsan Pembaca & Sumber Google
Nurul Husna Mahmud


RASA sakit kejang sukar digambarkan. Kesakitan akibat kejang biasanya dirasakan seperti sesuatu yang ‘mencengkam’ dan ‘meregang’ urat baik pada bahagian kaki, perut mahupun ari-ari.

Kejang ini sering terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti lasak atau berada dalam keadaan ekstrem seperti kesejukan melampau. Demikian halnya kepada pendaki gunung, pelari jarak jauh atau ahli senaman berat di pusat kecergasan yang merasakan gejala itu hanya biasa sahaja.

Tetapi lain pula kisahnya masalah kejang ketika tidak melakukan sebarang kegiatan lasak iaitu berlaku pada wanita sedang ‘datang bulan’ atau ketika mengandung. Puncanya ialah hormon ‘prostaglandin’ iaitu bahan kimia yang terbentuk dalam lapisan rahim ketika haid.

Ia menyebabkan kontraksi otot dan kekejangan yang sama seperti mana ketika wanita bersalin. Kalau kandungan itu terlalu banyak dihasilkan, gejala lebih teruk boleh dialami termasuk loya dan cirit-birit.

KEJANG ketika haid akibat hormon prostaglandin. FOTO Ihsan Pembaca & Sumber Google
KEJANG ketika haid akibat hormon prostaglandin. FOTO Ihsan Pembaca & Sumber Google

Kajian luar negara mengenai kekejangan dialami wanita datang ‘haid’ lebih ketara pada individu memiliki berat berlebihan selain mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alkohol dan tidak bersenam.

Sementara itu menurut Pengamal Rawatan Holistik Dr Yasmeen Farouk pula, kejang juga boleh berlaku apabila diet seharian diamalkan wanita mengandungi paras gula dan karbohidrat tinggi.

Justeru, saranan Dr Yasmeen agar lebih banyak mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat untuk memiliki berat badan ideal dan tidak mengalami sebarang komplikasi akibat masalah berkenaan.

Bagi wanita yang kerap mengalami masalah kejang setiap kali datang bulan, beberapa tip dikongsi untuk menangani kesakitan daripada masalah itu:

1. Minum kopi atau teh panas boleh memberi kelegaan kepada wanita yang mengalami kekejangan. Kehangatan minuman boleh membantu menambahkan pengaliran darah

ke otot kejang itu dan meredakannya.

2. Rendamkan kaki dalam air garam atau herba penenang. Semua herba atau bunga yang menenangkan boleh membantu otot relaks dan kejang juga akan berkurangan.

3. Mandian seperti menggunakan ramuan teh kamomi boleh menenangkan otot yang kejang. Lebih baik jika suhu mandian suam kerana secara tidak langsung membantu pengaliran darah lebih lancar.

RENDAMAN kaki dengan air garam atau herba penenang dapat atasi kejang. FOTO Ihsan Pembaca & Sumber Google
RENDAMAN kaki dengan air garam atau herba penenang dapat atasi kejang. FOTO Ihsan Pembaca & Sumber Google

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 6:15 AM