KEJANG teruk antara gejala endometriosis.
KEJANG teruk antara gejala endometriosis.
Nurul Husna Mahmud


KETIKA wanita Muslim datang haid, mereka tidak dibenarkan melakukan ibadat tertentu termasuk berpuasa. Disebabkan itu, ramai orang beranggapan ia satu kelebihan di mana wanita Mulsim dalam haid dikatakan tidak merasa penat seperti individu lain yang berpuasa .

Tanggapan itu tidak selalunya tepat kerana wanita dalam haid ada kala mengalami episod atau gejala yang menyakitkan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka.

Menurut Pakar Sakit Puan dan Perbidanan KPJ Rawang Dr Fidak Samsudin, 'rukshah' atau 'keringanan' diberikan kepada wanita yang datang haid supaya tidak berpuasa mempunyai hikmah tersendiri.

"Sebenarnya Islam menunjukkan 'hikmah' dalam suruhan atau larangan termasuklah dalam hal wanita yang datang bulan untuk tidak melakukan ibadah seperti solat, mengaji al-Quran dan berpuasa ketika Ramadan.

"Ini menunjukkan wanita dalam fasa itu iaitu keluar haid perlu direhatkan daripada aktiviti atau kerja tertentu.

"Namun bagi budaya orang kita, wanita mengalami haid dan gejala yang datang bersamanya adalah perkembangan hormon yang biasa dan tidak serius.

DATANG haid juga perlu rehat daripada aktiviti berat.
DATANG haid juga perlu rehat daripada aktiviti berat.

"Sedangkan 'rehat' itu satu keperluan bagi wanita yang berhadapan gejala endometriosis yang mana mereka mengalami haid setiap bulan dalam keadaan perit atau sakit yang tidak tertanggung," katanya.

Kata pakar itu, mereka yang mengalami endometriosis ini berdepan kesakitan apabila sel endometrium yang menempel pada dinding rahim berkembang atau menempel di kawasan organ atau tisu lain dalam tubuh mereka.

"Sel endometrium ini adalah sel 'hidup' dikeluarkan hormon kitaran haid dan menempel dinding rahim.

"Tetapi untuk pesakit endometriosis ada perkembangan luar biasa apabila sel itu tadi menempel organ lain seperti peparu, buah pinggang dan usus menyebabkan komplikasi serius serta menyakitkan.

"Biasanya apabila sel ini menempel dan mengeras pada dinding rahim, otot-otot akan mengecut membolehkan sel menempel tadi 'luruh' dan melalui saluran pelviks serta keluar dalam bentuk 'darah kotor' setiap bulan.

PERLU jalani endoskopik bagi mereka yang serius.
PERLU jalani endoskopik bagi mereka yang serius.

UBAT bantu tangani kesakitan.
UBAT bantu tangani kesakitan.

"Ketika otot pada dinding mengecut, otot-otot itulah akan rasa sakit seperti 'kejang' dan apabila sel sama menempel dinding lain, reaksi otot atau tisu juga sama menyebabkan kesakitan dirasai pada organ lain," katanya.

Tambah beliau lagi, wanita seawal usia 20-an sudah boleh dikesan mengalami masalah itu dan penting mereka mengenal gejala luar biasa ketika datang haid setiap bulan.

"Tahap yang serius, pesakit endometriosis ini perlu melalui beberapa kali pembedahan, Minimally Invasive Surgery (endoscopic) atau kaedah 'skup' bagi membuat sista (cyst).

"Kini sudah ada solusi dalam bentuk oral iaitu Vissane dikatakan supres hormon yang menyebabkan endometrium. Kalau tidak mereka terpaksa menahan sakit atau ambil ubat penahan sakit selain dalam kes serius pembedahan," katanya.

Punca sebenar endometriosis boleh terjadi pada segelintir wanita, kata Dr Fidak, paling ketara ialah 'trauma' pada dinding rahim.

DR Fidak Samsudin
DR Fidak Samsudin

"Sebab kepada 'trauma' dinding setiap individu boleh jadi pelbagai punca. Kalau dulu orang kita datang bulan lewat tetapi anak muda zaman sekarang sudah 'akil baligh' seawal usia 8 atau 9 tahun.

JEJAS kualiti harian termasuk hubungan dengan pasangan.
JEJAS kualiti harian termasuk hubungan dengan pasangan.

"Jadi, dengan usia awal sudah mula datang haid, mereka tinggi risiko untuk menghidapi endometriosis.

"Mengenai trauma pada dinding rahim pula biasanya ia berlaku apabila wanita mengandung serta bersalin.

"Jika berlaku selain daripada itu, pesakit perlu diperiksa lebih teliti termasuk latar belakang dan sejarah penyakitnya lebih mendalam untuk mengetahui punca sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 7:00 PM