IA menampilkan empat rekaan pakaian setiap helaian ditampilkan bersama seluar.
IA menampilkan empat rekaan pakaian setiap helaian ditampilkan bersama seluar.
Siti Zarinah Sahib


BAGI meraikan pembukaan butik pertama di India November depan, Uniqlo melancarkan koleksi kurta pertama hasil rekaan pereka India, Rina Singh.

Busana yang diilhamkan menerusi padanan harian wanita India menyaksikan konsep LifeWear Uniqlo diperkenalkan dengan memberi keutamaan kepada kualiti dalam pembuatannya.

Selain India, bagi memenuhi tema Musim Luruh dan Sejuk 2019, ia turut dilancarkan di beberapa negara seperti Jepun, Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Ia menampilkan empat rekaan pakaian setiap helaian ditampilkan bersama seluar yang memberikan penekanan kepada ukuran longgar dan kemas. Sebagai daya tarikan, Rina menggunakan palet warna rempah ratus di India bagi memberikan nilai kenegaraan seperti gabungan warna tanah dan arang, indigo, mustard serta merah.

KOLEKSI kurta untuk wanita.
KOLEKSI kurta untuk wanita.

Menariknya, setiap helaian kurta diberikan nafas baru seperti poket pada sisi, potongan yang besar serta tanpa garis leher butang bagi memberikan keselesaan ketika berjalan.

Koleksi ini juga mempunyai menggunakan benang tenun dan percetakan bintik polka menggunakan material linen premium, kapas 100 peratus dan rayon yang dihasilkan khas untuk Uniqlo.

Pemilihan fabrik sebegini bagi memudahkan penjagaan harian kerana ia tidak berbulu, luntur warna dan senang disimpan.

Sesuai dengan keadaan iklim dan gaya hidup di India, rekaan ini sesuai digayakan dengan seluar dan jaket yang memberikan gaya keremajaan dan juga elegan kepada si pemakai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 4:30 AM