KOLEKSI kemeja premium linen UNIQLO.
KOLEKSI kemeja premium linen UNIQLO.
Hamizah Badiran


SESUAI dipadankan dengan apa saja, kemeja tidak pernah menghampakan si pemakainya.

Sama ada digandingkan bersama denim, gaun, celana pendek mahupun sut, kemeja berada dalam kelasnya tersendiri.

Ini kerana ia ringkas dan tampak klasik namun pada masa sama tampil kontemporari serta adakalanya berjaya menghidupkan gaya yang lebih bersahaja mahupun eksentrik.

Nyata kemeja menghimpunkan jutaan peminat hingga label fesyen tersohor dunia tidak ketinggalan menampilkan koleksi masing-masing.

UNIQLO misalnya, kembali dengan idea lebih segar menepati kesesuaian cuaca panas di Malaysia menerusi kemeja premium linen di bawah konsep LifeWear miliknya yang merangkumi helaian asas penuh revolusi, tetapi tetap praktikal.

Label berasal dari Jepun yang sentiasa berpegang teguh kepada falsafah rekaan untuk semua ini, sentiasa berusaha mencetuskan kreativiti si pemakai dalam menyuai padan penampilan mereka daripada kelihatan biasa-biasa saja kepada luar biasa.

FABRIK linen Perancis berkualiti tinggi yang didapati menerusi pokok flaks di Eropah Barat memberi keselesaan berpanjangan buat si pemakai.
FABRIK linen Perancis berkualiti tinggi yang didapati menerusi pokok flaks di Eropah Barat memberi keselesaan berpanjangan buat si pemakai.

Ia diperbuat daripada fabrik linen Perancis berkualiti tinggi yang didapati menerusi pokok flaks di Eropah Barat, ia memberi keselesaan berpanjangan kepada pemakai terutama dalam cuaca panas

Pembuatannya melalui pelbagai peringkat proses bermula daripada serat flaks akan dikeluarkan dari batang tumbuhan itu hingga akhirnya ia menjadi pintalan benang yang digunakan untuk menghasilkan kemeja linen UNIQLO.

Oleh kerana amalan pertanian yang baik di Eropah Barat, tanaman flaks bebas bahan kimia dan tumbuh sihat dengan air hujan kerana tiada sumber pengairan dibina.

Justeru, ia menjadikan produk semula jadi ini ringan dan tidak gatal apabila terkena pada kulit sebaliknya pemakai berasa segar serta sejuk.

Himpunan kemeja premium linen ini boleh didapati di butik UNIQLO mahupun secara dalam talian menerusi www.uniqlo.com/my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 7:00 AM