BSP21 menawarkan kira-kira 70 fasiliti dan kemudahan rekreasi termasuk rumah kelab empat tingkat berkeluasan 66,000 kaki persegi.
BSP21 menawarkan kira-kira 70 fasiliti dan kemudahan rekreasi termasuk rumah kelab empat tingkat berkeluasan 66,000 kaki persegi.
Nabil Basaruddin
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS Bina) menampilkan BSP21, projek pembangunan hartanah bersepadu terbaru yang dilancarkan, baru-baru ini untuk mereka yang mengutamakan gaya hidup serba moden.

BSP21 yang dibangunkan di kawasan seluas 850 ekar di Bandar Saujana Putra (BSP) adalah kawasan perbandaran bersepadu dan serba lengkap yang menawarkan lebih 70 fasiliti dan kemudahan rekreasi termasuk rumah kelab empat tingkat berkeluasan 66,000 kaki persegi.

BSP21, pemenang anugerah hartanah gaya hidup yang dibina dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM1.4 bilion direka bentuk khusus untuk mereka yang mengutamakan aspek kesihatan, riadah dan rekreasi.

Antara kemudahan riadah dan rekreasi yang disediakan di perbandaran itu termasuk dek taichi, senamrobik dan yoga selain dilengkapi gimnasium luar, taman meluncur, trek joging serta laluan berbasikal.

Bagi mereka yang memilih kehidupan dengan persekitaran dan suasana tenang dan mendamaikan, BSP21 turut menawarkan pilihan taman yang pelbagai, sudut yang tenang serta landskap dan ruang inspirasi istimewa untuk mereka.

BSP21 meliputi 10 blok pangsapuri kediaman servis setinggi 18 dan 27 tingkat dengan keseluruhan 2,602 unit kediaman servis dan 28 unit kedai. Setiap blok kediaman dibina dengan tiga podium berbeza yang dihubungkan dengan jambatan gantung serta ruangan hijau.

Antara ciri menarik dan unik hartanah berkenaan adalah ia direka bentuk berdasarkan keperluan penghuninya yang berbeza-beza serta datang daripada pelbagai latar belakang.

Terdapat sembilan rekaan berbeza daripada satu hingga empat bilik tidur bermula dari 610 sehingga 1,711 kaki persegi yang boleh dipilih pembeli.

Semua unit berkenaan direka khusus dengan idea sudut pandangan yang luas, sekali gus menjadikan penghuninya lebih selesa dan dapat menjalani kehidupan lebih bermakna.

Selain itu, ruang yang menghubungkan ruang tamu dan ruang makan yang lebih bersepadu menonjolkan suasana rumah agar kelihatan lebih luas berbanding saiz asal.

Kediaman itu dibangunkan dengan tujuan menggunakan semua ruang yang ada dengan cekap dan memberikan fleksibiliti. Setiap kawasan dan ruang dalam kawasan kediaman direka untuk memberikan kemudahan sokongan kepada penghuninya.

BSP yang mula dilancarkan pada 2003 kini semakin berubah kepada sebuah landskap perbandaran matang dengan kepadatan penduduk melebihi 30,000 orang.

Projek yang dilancarkan kebanyakannya adalah kediaman mampu milik meliputi rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat, kedai dua tingkat serta semi-D berkelompok (kluster).

BSP kini muncul sebagai sebuah perbandaran yang begitu dinamik apabila turut dikelilingi hab komersial, hospital, pusat beli-belah, pasar raya besar serta hab pendidikan yang sedang dibangunkan.

BSP adalah kawasan perbandaran yang strategik dengan jaringan pelbagai lebuhraya utama. Antaranya termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) serta Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Ia hanya terletak beberapa minit pemanduan dari Petaling Jaya, Sunway, USJ, Subang Jaya, Seri Kembangan, Shah Alam, Cyberjaya dan Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.bsp21.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 7:40 AM