MAJESTIC Group kini dikenali sebagai Majestic Gen selepas hampir dua dekad beroperasi.
MAJESTIC Group kini dikenali sebagai Majestic Gen selepas hampir dua dekad beroperasi.
Nurul Husna Mahmud

Syarikat pemaju perumahan terkemuka menerusi projek pembangunan bercampur, Majestic Group melakukan penjenamaan semula kepada Majestic Gen selepas hampir dua dekad beroperasi.

Menurut Pengarah Eksekutif Majestic Gen, Ta Wee Dher, penjenamaan semula penting dalam memulakan perjalanan transformatif, mentakrif semula dan merintis era baru dalam pembangunan hartanah.

"Nama Majestic Gen dipilih dengan teliti bagi merangkumkan visi, nilai dan dedikasi syarikat untuk menyediakan perkhidmatan luar biasa dalam industri hartanah.

"Ia menggabungkan makna mendalam 'Majestic' mewakili nilai kemegahan dan keindahan luar biasa dengan intipati inovatif serta berfikiran ke hadapan merujuk kepada 'Gen' (Generasi).

"Jenama baharu ini mencerminkan komitmen kami mencapai kemegahan abadi yang elegan dengan inovasi ke hadapan, berusaha mencipta ruang harmoni dan pintar selain memberi impak yang berkekalan," katanya.

Penjenamaan itu dilihat berupaya mengukuhkan kumpulan syarikat terbabit dalam landskap pembangunan hartanah negara.

Rekod cemerlang pernah dicapai pemaju itu antaranya, pembangunan projek bercampur 'The Annex' di Cheras Kuala Lumpur dan Taman Sungai Dua Utama di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Prestasi syarikat itu juga terus mencatat pertumbuhan positif apabila mencapai kejayaan menyiapkan projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai lebih RM 1.7 bilion.

Sementara itu, untuk tahun 2024 dan 2025, Majestic Gen merancang melancarkan 15 projek terbaharu dengan nilai anggaran GDV mencecah RM3.3 bilion.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Magestic Gen, Datuk Hoo Kim See, penjenamaan semula diberi penekanan bukan sekadar untuk peningkatan jenama tetapi langkah strategik meletakkan Majestic Gen ke arah kejayaan jangka panjang dalam landskap hartanah yang dinamik.

"Pelancaran projek hartanah Majestic Gen akan datang direka bentuk dengan teliti dalam memadankan keperluan dan segmen yang memiliki permintaan tinggi.

"Tumpuan kami diberikan kepada kediaman bertanah, kediaman bertingkat tinggi, pejabat kedai bertanah dan pembangunan industri.

"Projek pembangunan diperluaskan ke wilayah terkemuka antaranya Lembah Klang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor," katanya.

Hoo berkata, sambutan diterima setiap kali pelancaran pembangunan projek baharu adalah luar biasa seperti Majestic Residences dengan kadar terjual sekitar 90 peratus.

"Tumpuan kami ialah menyusun ruang dengan teliti menerusi mengharmonikan aspek elegan serta kepintaran teknologi dalam setiap projek dikendalikan Majestic Gen termasuklah dalam Majestic Residences.

"Setiap butiran bangunan, aspek kerumitan seni bina hingga kemudahan gaya hidup dipertimbangkan dengan teliti," katanya.

Pihaknya turut memacu kelestarian dalam sektor hartanah dengan menggabungkan sistem kecekapan tenaga seperti panel solar dan kemudahan pengecasan kereta elektrik (EV), yang dirangkumkan penggunaan bahan binaan mampan serta tekbologi canggih lain termasuk pengecaman wajah serta ciri rumah pintar.

"Pendekatan holistik terhadap perancangan termasuk penggunaan teknik pasif dalam kaedah pembangunan bertujuan meraih pensijilan GreenRE (Pensijilan Bangunan Hijau) bagi kediaman projek bertingkat tinggi.

"Inisiatif ini menunjukkan komitmen teguh terhadap alam sekitar dan membentuk masa depan hijau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 7:00 AM