Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Kes harian Covid-19 di negara ini kekal di bawah 2,000 apabila sejumlah 1,372 kes baharu dilaporkan semalam, membabitkan 1,367 penularan tempatan dan lima kes import.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan 4,456,736 kes dilapor di Malaysia sejak pandemik bermula dan 23,276 kes masih aktif.

Perkongsian dalam Covidnow menunjukkan 22,146 kes atau 95.1 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, selain itu sejumlah 1,025 kes menerima rawatan di hospital; 46 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan; 40 kes di ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan serta 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes baharu dengan 480 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 264 kes, Pulau Pinang (138), Negeri Sembilan (84), Perak (70), Melaka (60) dan Johor (57).

Turut mencatatkan kes baharu ialah di Sarawak dengan 49 kes, Kedah (46), Putrajaya (38), Pahang (25), Terengganu (23), Sabah (22), Kelantan (11), Perlis (tiga) dan Labuan (dua).

Sementara itu, terdapat tiga kematian dilaporkan semalam, menjadikan angka korban di negara ini meningkat kepada 35,579 kes, manakala 3,610 kes sembuh.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 9:47 AM