TUBER yang ditemukan oleh Colin dan Donna. FOTO Colin Craig-Brown
TUBER yang ditemukan oleh Colin dan Donna. FOTO Colin Craig-Brown
Agensi

Auckland: Suami isteri dari New Zealand, Colin Craig-Brown dan Donna menemui sayuran gergasi di taman mereka pada Ogos lalu.

Ia dinamakan sebagai Dug sempena cara mereka berdua mencungkil sayuran itu dengan kaedah menggali.

CNN melaporkan mereka memutuskan menyerahkan Dug ke Rekod Dunia Guinness (GWR) dan tujuh bulan kemudian menerima berita sangat menyedihkan.

"Malangnya spesimen itu bukan kentang dan sebenarnya sejenis tuber daripada sejenis labu. Atas sebab ini, kami terpaksa membatalkan permohonan itu," kata jurucakap GWR kepada pasangan itu melalui e-mel.

Tuber merujuk kepada batang akar bawah tanah yang menyimpan air dan membantu tumbuhan tumbuh semula selepas musim sejuk atau cuaca buruk, menurut Amy Charkowski, profesor dan ketua jabatan di Kolej Sains Pertanian di Colorado State University di Fort Collins.

Craig-Brown, 62, terkejut mendengar keputusan itu.

Selepas melihat data yang disediakan oleh GWR, dia mendapati Dug berasal dari choko atau chayote (labu siam). Ia tumbuhan berkanji di taman mereka yang kelihatan seperti pir hijau yang berkedut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 6:00 AM