Azal dan Zarina melakukan aktiviti lasak 'flying fox' di sebuah resort di Janda Baik, Pahang.
Azal dan Zarina melakukan aktiviti lasak 'flying fox' di sebuah resort di Janda Baik, Pahang.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur : Kemampuan anak lelaki pelakon Zarina Zainuddin yang menghidap autisme iaitu Muhammad Raizal Azrai atau Azal, 26, membaca surah al-Fatihah dengan lancar mendapat pujian netizen.

Menerusi perkongsian video di Instagram Zarina, Azal dilihat membaca surah itu sebelum melakukan aktiviti lasak 'flying fox' di sebuah resort di Janda Baik, Pahang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata kagum dengan kasih sayang yang dicurahkan dan cara didikan Zarina yang mengutamakan ajaran Islam.

"Ibu yang tabah, cekal dan kuat menjaga serta mendidik anak-anaknya. Moga Allah mengurniakan yang terbaik buat Zarina dan keluarga," tulis seorang pengikut.

"Azal budak baik dan anak soleh," komen seorang lagi pengikut.

"Entah kenapa aku sayang kak Zarina padahal aku tak kenal dia. Semoga akak terus sihat dan jangan pernah putus asa. Sihat selalu untuk anak syurga akak," tulis seorang lagi pengikut.

Dalam video terbabit, Zarina dan Azal memberanikan diri melakukan aktiviti flying fox.

Bagaimanapun, Zarina mengaku aktiviti itu akan menjadi yang pertama dan terakhir untuk dilakukan selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2022 @ 6:07 PM