Azal bersama ibunya, Zarina Zainuddin.
Azal bersama ibunya, Zarina Zainuddin.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin mencuri perhatian netizen menerusi hantarannya di Instagram apabila memuat naik beberapa foto selebriti yang dikatanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan pelakon dan pengacara, Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

Dalam hantarannya itu, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Razal Azrai, 25, menulis keterangan gambar serta menanda (tag) nama selebriti-selebriti itu.

"Ini adalah artis Malaysia yang menjadi suspek dan hadir ke majlis perkahwinan Neelofa antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan fizikal serta melanggar SOP!" tulisnya.

Azal yang juga anak Autisme memuat naik hantaran berkenaan bagi berkongsi pendapatnya mengenai SOP ketika penularan Covid-19 seperti yang dikuatkuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Zarina menerusi ruangan komen yang menegur dalam nada gurauan turut mencuri tumpuan pengikutnya di platform media sosial itu.

"Aduh! Dia jadi polis pulak! Dah tak ada kerja lain ke menyibuk hal orang? Azal jadi wartawanlah, dapat gaji," tulisnya.

Rata-ratanya netizen menyokong tindakan Azal yang berani bersuara mengenai perkara itu. Hantaran Azal itu mendapat hampir 6,000 tanda 'like' dan 300 komen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 11:04 AM