Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin.
Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: "Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal. Sebab itu saya yang melamar suami saya".

Demikian perkongsian penyanyi Elyana di Instagram apabila mengimbas kembali kisah perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin.

Menurut Elyana, disebabkan cita-citanya ingin berkahwin awal dan menjadi seorang ibu, dia bertindak melamar suaminya terlebih dahulu.

Elyana berkata, tidak timbul istilah perigi cari timba dan dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain asalkan hasratnya tercapai.

"Masa itu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin. Alhamdulillah hasrat dan impian itu akhirnya tercapai.

 

"Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga," katanya.

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar pada 2010.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah, 11, dan seorang anak angkat, Ramadhani, 3.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2022 @ 7:32 PM