KRIS Wu.
KRIS Wu.
Agensi

Beijing: Kes cabul membabitkan penyanyi Kris Wu, 30, semakin hangat diperkatakan netizen apabila terbaharu timbul dakwaan mangsa cabul termudanya adalah berumur 12 tahun.

Sekali gus, bekas anggota kumpulan EXO itu makin dikecam hebat dan berasa jijik dengan perbuatan itu. Bahkan, netizen tidak sangka dia tergamak mencabul golongan kanak-kanak.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai dakwaan itu tidak diketahui sama ada benar atau tidak.

Berikutan liputan penangkapannya pada 31 Julai lalu, nama Kris semakin tercalar selain hilang kepercayaan pelbagai pihak. Di China sendiri, namanya serta-merta digugurkan daripada pelbagai promosi.

Syarikat telekomunikasi di sana juga dikhabarkan berusaha memadam semua pautan yang mengandungi namanya. Mereka berbuat demikian sebaik dia dilaporkan terbabit jenayah rogol itu.

Terdahulu, Kris ditahan polis di sini selepas berdepan tuduhan cabul terhadap ramai wanita serta remaja bawah umur. Dia dikatakan mencabul mereka selepas mangsanya mabuk.

Seorang mangsa yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat mendakwa dia pernah menghadiri parti Kris selepas diajak pembantu penyanyi itu. 

Menurutnya, parti itu sangat misteri kerana telefon bimbit mereka perlu di simpan penganjur. Beberapa tetamu wanita kemudian mengadakan hubungan seks dengan Kris tanpa mereka sedari selepas memakan pil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Ogos 2021 @ 1:44 PM