NEELOFA
NEELOFA
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur:"Saya dah lama tak cukur kening," kata pelakon dan pengacara popular, Neelofa menjawab pertanyaan netizen di Instagram Story adakah dia mencukur kening selepas mengenakan purdah atau berniqab.

Neelofa dalam video pendek itu menjelaskan, keningnya memang tak dicukur atau dicabut.

"Untuk mereka yang nak tahu sama ada saya cukur kening atau tak, kening saya memang tak dicukur dan tak dicabut," katanya.

Dalam video itu juga, bekas pengacara program Meletop itu juga berkongsi sepotong hadis sahih Al-Bukhari berserta terjemahan yang menceritakan mengenai hukum mencabut bulu muka.


"Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang-orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana, mereka semua sudah menukarkan ciptaan Allah," tulisnya.

Dalam video itu, soalan mengenai kening itu diajukan rakannya yang mewakili suara netizen selepas timbul beberapa persoalan mengenai penampilan Neelofa selepas tampil berniqab.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 7:02 PM