STATUS dan gambar pertama dimuat naik Hidayah di IG arwah suaminya.
STATUS dan gambar pertama dimuat naik Hidayah di IG arwah suaminya.
Sudirman Mohd Tahir


AKAUN Instagram (IG) pelawak, Allahyarham Abam kembali diaktifkan oleh balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali sejak semalam.

Hidayah dalam perkongsian di IG Abam @abam_bocik berkata, dia menjadi pengendali akaun itu dan akan terus mengemaskini bagi tatapan peminat.

"Saya akan memuatnaik perkembangan terkini anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar di atas permintaan ramai.

"Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian.

"Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama IG @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan kata nama baru diluluskan oleh pihak IG untuk akaun ini. Terima kasih kepada semua," katanya.

Status pertama dimuat naik Nurhidayah adalah foto anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.

Gambar terakhir yang dimuat naik arwah di IG pada 3 Februari sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 12:41 PM