MORETZ bersama Beckham.
MORETZ bersama Beckham.
Susunan Michelle Gun


Tindakan pelakon Chloe Grace Moretz berkongsi lagu Be Careful di Instagram seolah-olah memberi bayangan bekas kekasihnya, Brooklyn Beckham pernah bermain kayu tiga dengannya.

Lagu nyanyian Cardi B itu mengisahkan lelaki yang menipu teman wanitanya.

Pasangan selebriti ini dikhabarkan berpisah selepas Beckham, 19, dilihat mesra dengan model Playboy, Lexi Wood di kedai tatu di Hollywood, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Pengikut Moretz, 21, di media sosial membuat andaian lagu itu merujuk kepada kecurangan Beckham dengan Wood.

Pada 4 Mac lalu, bintang filem seram Carrie itu menyampaikan ucapan ulang tahun kepada Beckham di Instagram selain memberitahu kekasihnya betapa dia menyayanginya.

Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan terbabit belum membuka mulut mengesahkan perpisahan mereka.

Namun, mereka didapati masih mengikuti sesama diri di media sosial selain tidak memadamkan gambar bersama.

Selain itu, peminat turut mempercayai Moretz dan Beckham sudah bertunang selepas pelakon itu berkongsi gambar cincin di jari manisnya.

Ramai mempercayai Beckham melamar teman wanitanya berikutan Moretz turut sertakan kapsyen seolah-olah menerima lamarannya.

Pasangan terbabit kali pertama bertemu pada 2014 dan hubungan mereka pernah putus beberapa kali sebelum ini.

Mereka dikatakan bercinta semula selepas Beckham menyambung pengajiannya dalam bidang fotografi di New York tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 9:49 AM