Esma tidak mahu terburu buru. FOTO FB
Esma tidak mahu terburu buru. FOTO FB
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON Esma Daniel, 48, menafikan bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat dan menegaskan wanita yang didakwa kekasihnya itu adalah rakan biasa.

Gosip mengatakan Esma bakal bernikah timbul selepas dia memuat naik gambarnya di laman sosial bersama wanita yang hadir bersamanya menghadiri majlis rumah terbuka Syawal lalu.

Sewaktu dihubungi, di sini, hari ini, Esma menjelaskan dia tidak menafikan berkawan dengan wanita yang dimaksudkan tetapi tiada yang serius apatah lagi untuk memikirkan soal bernikah.

€œSaya bukan muda lagi dan sudah dua kali berhadapan dengan penceraian. Saya tidak mahu membuat keputusan terburu-buru untuk bernikah. Kalau mahu bernikah lagi saya harus berfikir panjang.

€œSewaktu bercerai kali kedua, antara sebabnya kerjaya tidak menentu. Dan sekarang ini Alhamdullilah, kerja sudah mula kembali stabil. Jadi saya perlukan ruang untuk membina kembali hidup, dan dalam waktu sama bekerja keras untuk anak-anak,€ katanya.

Bercerita lanjut kata Esma, selepas bercerai buat kali kedua dia berhadapan dengan kemurungan dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada umum.

€œBagaimanapun situasi murung itu mula hilang perlahan-lahan selepas saya bertemu dan berkawan dengan orang. Saya sendiri sedar apabila saya bertemu dengan orang dan berkawan, kerjaya lakonan mula menunjukkan perubahan.

€œJadi harapnya apabila saya berkawan dengan mana-mana wanita, ia tidak dijadikan isu sehingga boleh mengeruhkan hubungan persahabatan yang terjalin. Apa yang pasti saya tidak terfikir untuk bernikah lagi, terutama dalam tempoh terdekat,€ katanya.

Esma berpisah dengan bekas isteri keduanya Nitra Sari Omar November lalu, dan hanya membuat pengakuan April ini dengan alasan perlukan masa dan mengumpul semula semangat dan kekuatan untuk berhadapan dengan situasi terbabit.

Esma dan Nitra Sari berkahwin pada 2002 dan dikurniakan enam anak. Ia adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis. Hasil perkongsian hidup dengan Sherie, mereka dikurniakan dua anak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 5:19 PM