Pelakon utama drama sejarah terbitan MBC, Hwajung, Seo Kang Jung dan Lee Yeon Hee sempat bergambar bersama dan memuat naik pesanan ringkas buat peminat drama itu sebagai kenangan. Mereka mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa menonton episod akhirnya pada 29 September lalu.

Seo Kang Jung akui sedih selepas menamatkan penggambaran drama ini selain terharu berpeluang menjayakan drama ini.

“Bagi saya ia satu penghormatan dapat berlakon di bawah pengarah, penulis, kru dan barisan pelakon yang hebat selama tujuh bulan.

“Ia saat paling bernilai, seolah baru saja menamatkan larian maraton yang hebat. Masa dan prosesnya bukan mudah, tapi saya percaya berjaya meraih banyak pengalaman melaluinya,” katanya.

Lee Yeon Hee pula melalui agensinya berkata, ia penghormatan buatnya mendapat watak bermakna serta berpeluang bekerja dengan produksi yang bagus.

Apatah lagi, drama yang mempunyai 50 episod itu amat perlukan keserasian untuk jangka panjang.

“Tidak dinafikan, ada kepayahan sendiri tapi ia adalah masa saya belajar banyak perkara daripada pelakon senior,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:02 AM