SEBAHAGIAN kepala lori yang dirampas. FOTO Mohd Nazrulaswad Hamdan
SEBAHAGIAN kepala lori yang dirampas. FOTO Mohd Nazrulaswad Hamdan
ANUAR (kiri) menunjukkan kepala lori curi yang dirampas. FOTO Mohd Nazrulaswad Hamdan
ANUAR (kiri) menunjukkan kepala lori curi yang dirampas. FOTO Mohd Nazrulaswad Hamdan
Oleh Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Polis menumpaskan sindiket curi kenderaan selapas menahan dua lelaki dan merampas beberapa lori serta komponen kenderaan dianggarkan bernilai lebih RM300,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, sindiket berkenaan yang mencuri dan meleraikan komponen kenderaan terutama lori dikenali sebagai kumpulan Boba dan pihaknya berjaya memberkas dua ahli kumpulannya di kawasan Menglembu, di sini pada jam 2.30 petang 19 September lalu.

Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai lebih daripada empat ahli dan aktif mencuri kenderaan sejak empat bulan lalu dengan modus operandi mereka mencuri diluar daerah Ipoh dan negeri lain sebelum membawa kenderaan curi berkenaan ke sebuah gudang di Taman Rishah, di sini untuk dileraikan.

"Dua suspek yang ditahan adalah lelaki berusia 27 dan 30 tahun dan polis sedang memburu dua lagi ahli sindiket berkenaan termasuk seorang dalang utama.

"Susulan tangkapan yang dibuat, suspek membawa polis ke gudang dan hasilnya tiga lori ditemui, satu kereta, lapan kepala lori tanpa enjin, lapan badan lori, serta satu enjin lori, " katanya dalam sidang media di Balai Polis Chemor, di sini hari ini.

Menurutnya, seorang daripada suspek yang ditahan turut menpunyai rekod jenayah lampau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 4:08 PM