ANGGOTA keluarga seorang penumpang memberi maklumat kepada polis di Lapangan Terbang Sentani,  Jayapura, semalam.
ANGGOTA keluarga seorang penumpang memberi maklumat kepada polis di Lapangan Terbang Sentani, Jayapura, semalam.

Jakarta: Empat penumpang pesawat penerbangan Trigana Air yang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Papua kelmarin didapati membawa wang tunai berjumlah Rp6.5 bilion (RM1.92 juta).

Pesawat turboprop yang membawa 54 penumpang dan anak kapal terhempas ketika dalam penerbangan dari lapangan terbang Sentani ke Oksibil, sebuah kawasan terpencil.

Seorang jurucakap pejabat pos, Abu Sofjan berkata, wang tunai itu adalah sumbangan untuk penduduk di perkampungan terpencil di wilayah berkenaan.

“Empat penumpang pesawat berkenaan membawa wang tunai berjumlah Rp6.5 bilion (RM1.92 juta).

“Wang tunai itu adalahsebahagian program bantuan rasmi untuk orang miskin dan bakal diagihkan kepada penduduk kampung.

“Kawasan itu tiada kemudahan infrastruktur menyebabkan wang tunai biasanya dibawa menaiki pesawat,” katanya.

Bagaimanapun, tiada tanda yang boleh mengaitkan wang berkenaan dengan kejadian pesawat itu terhempas. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 10:03 AM