Bas yang merempuh rumah kedai. FOTO  Muhammad Mikail Ong
Bas yang merempuh rumah kedai. FOTO Muhammad Mikail Ong
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Sebuah bas Rapid Penang merempuh rumah kedai dua tingkat di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.15 malam itu, bas terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh rumah kedai berkenaan.

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati dua daripada empat penumpang cedera dan sudah dihantar ke hospital.

"Selain dua penumpang terbabit, pemandu bas turut cedera dan dibawa ke hospital.

"Siasatan lanjut masih dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 11:26 PM