MANGSA (gambar kecil) dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
MANGSA (gambar kecil) dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Oleh Aizat Sharif


Kangar: Satu mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Perlis, berhampiran Jambatan Jalan Raja Muda di sini, petang tadi.

Mayat lengkap berpakaian serta kasut itu ditemui oleh orang ramai yang melalui jambatan itu sekitar jam 2.40 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, mayat ditemui terapung kira-kira 500 meter dari jambatan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat itu.

"€œKeluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai kehilangan anak mereka pada Isnin dan mayat itu kemudian berjaya dicam oleh bapanya berdasarkan kasut yang dipakai oleh mangsa,"€ katanya ketika dihubungi Harian Metro peta g tadi.

Identiti mayat itu dikenali sebagai Muhammad Yussali Farhan Jasmen, 18, dari Kampung Behor Inai, Jalan Kaki Bukit, Kangar.

Usaha menaikkan mayat turut dibantu bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kangar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis.

"€œSiasatan akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat,"€ katanya la

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 7:45 PM