JENAZAH mangsa yang maut  ketika berkhemah dibawa ke Unit Forensik untuk dibedah siasat. FOTO Mohd Sah Muda
JENAZAH mangsa yang maut ketika berkhemah dibawa ke Unit Forensik untuk dibedah siasat. FOTO Mohd Sah Muda
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

 

Johor Bahru: Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman Bahtera, Jemaluang dekat Mersing, 4.30 pagi tadi.

Kedua-dua mereka, Rizal Ismail, 33 dan Hanafi Abd Rahman, 42, disahkan meninggal dunia di Klinik Jemaluang akibat kecederaan serius serta pendarahan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar berkata, siasatan awal, dua rakan mangsa memberitahu mereka berempat pergi memancing kira-kira empat kilometer ke dalam hutan itu pada 4.30 petang semalam.

"Mereka mendirikan khemah dalam kawasan hutan dan tidur di situ sebelum pokok tumbang lalu menghempap khemah dua orang mangsa ini.

"Mereka cedera di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak klinik Jemaluang," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 3:11 PM