ANGGOTA polis membawa Azmirul ketika di mahkamah. FOTO Salhani Ibrahim
ANGGOTA polis membawa Azmirul ketika di mahkamah. FOTO Salhani Ibrahim
Oleh Sarah Zulkifli


Petaling Jaya : Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi, atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang masih berpantang bersalin di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Azmirul Shamsuddin, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju kemeja-T hijau itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan membunuh Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 24, di Apartment Mentari Court, Sungai Way, di sini, pada 10.22 malam, 4 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 12:55 PM