KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Oleh Ravale Saravinathan


Teluk Intan : Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan restoran di Jalan Ulu Dedap, Teluk Intan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, kemalangan membabitkan Proton Iswara yang merempuh bahagian depan lori.

Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati pemandu kenderaan sedang tersepit di dalam kereta.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan maut ditempat kejadian sebelum diserahkan kepada pasukan ambulan untuk tindakan lanjut.

"Sementara seorang lelaki yang juga penumpang kenderaan berkenaan turut mengalami kecederaan dibawa menaiki ambulan sama" katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Shariffuddin Jubri tamat 8.10 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 11:26 AM