NUNWATI menunjukkan parut pada  perutnya. Gambar kecil , ketumbuhan yang dibuang dari perut Nunwati.
NUNWATI menunjukkan parut pada perutnya. Gambar kecil , ketumbuhan yang dibuang dari perut Nunwati.
Agensi

Bihar (India): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas berjaya mengeluarkan satu ketumbuhan seberat 17 kilogram di dalam perut seorang wanita.

Ketumbuhan itu dikeluarkan dari perut Nunwati Devi, 30, selepas dia menjalani pembedahan selama lapan jam di Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIM).

Doktor pakar di AIIM, M.D Ray berkata, mereka terkejut melihat saiz ketumbuhan yang dikeluarkan dari perut pesakit berkenaan.

“Sepanjang karier saya inilah ketumbuhan paling besar yang pernah saya lihat,” katanya.

Nunwati sebelum ini terpaksa menanggung kesakitan selama sembilan bulan selepas ketumbuhan di dalam perutnya itu terus membesar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 6:51 AM