Muzeyyen
Muzeyyen

Istanbul: Penyanyi dan pemuzik veteran Turki, Muzeyyen Senar, meninggal dunia semalam selepas menderita sakit pneumonia.

Muzeyyen yang digelar “Diva Republik” itu menghembus nafas terakhir di sebuah hospital di bandar Aegean.

Agensi berita Anatolia melaporkan, Muzeyyen lahir di penghujung kerajaan Uthmaniyah Turki pada 1918.

Bakatnya kemudian pantas diiktiraf ramai kerana mempunyai kemahiran sebagai penyanyi muzik klasik Turki.

Dia membuat kemunculan pertama di pentas pada 1933 dan kemudian merakamkan album.

Peminat menganggap suara Muzeyyen menjadi kegilaan tokoh sekular Turki, Mustafa Kemal Ataturk yang turut pernah menghadiri konsertnya.

Dia aktif menyanyi sehingga 1980-an dan menjadi ‘penghubung’ antara dunia moden dan silam hiburan negara itu.

Sepanjang kerjayanya, dia merakam 30 album.

Mayatnya akan dikebumikan di Istanbul esok. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 5:09 AM