PENDUDUK Ranoketang Atas, Touluaan, membersihkan atap rumah mereka yang diselaputi abu Gunung Soputan.
PENDUDUK Ranoketang Atas, Touluaan, membersihkan atap rumah mereka yang diselaputi abu Gunung Soputan.

Sulawesi Utara: Satu lagi gunung berapi meletus awal pagi kelmarin.

Gunung Soputun yang terletak di Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara, meletus jam 2.47 pagi dengan mengeluarkan asap kelabu hitam setinggi kira-kira 6,500 meter.

Ketua Pusat Maklumat Badan Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ketika letusan berlaku angin ke arah timur - tenggara bertiup dan membawa bersama debu dari gunung berkenaan.

Aliran lahar pula, katanya, dikesan sehingga 2,000 meter di arah barat daya puncak gunung berkenaan.

Berdasarkan keadaan itu, katanya, pihak berkuasa meletakkan tahap berjaga-jaga di peringkat ketiga. Orang ramai pula dilarang berada dalam lingkungan 6.5 kilometer dari puncak Gunung Soputan.

“Walaupun berlaku letusan, penduduk setempat masih menjalankan aktiviti seperti biasa.

“Kami juga berpendapat belum tiba masa untuk memindahkan orang ramai dari kediaman masing-masing,” katanya.

Ketika ini ada beberapa gunung lain diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, iaitu Gunung Gamalama, Gunung Sinabung, Gunung Karangetang dan Gunung Lokon. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:10 AM