KEBAKARAN yang memusnahkan dua rumah di Kampung Bintawa Hilir, di Petra Jaya. FOTO Ihsan Bomba
KEBAKARAN yang memusnahkan dua rumah di Kampung Bintawa Hilir, di Petra Jaya. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Roji Kawi


TIGA BELAS penghuni dua rumah di Kampung Bintawa Hilir, di Petra Jaya, hilang tempat tinggal selepas kediaman didiami mereka musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu dikatakan berlaku dengan pantas sehingga menyebabkan dua rumah terbabit musnah sama sekali.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada jam 9 malam.

Beliau berkata, 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya diketuai Muhammad Mirza Dzalmira Miraj dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kejadian itu membabitkan dua rumah berstruktur kayu dan ia sudah musnah sama sekali ketika anggota bomba tiba.

"Pihak kami terus melakukan pemadaman bagi mengelak kebakaran merebak ke rumah berhampiran," katanya.

Tiong berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.16 malam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 12:10 AM