GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersentuhan dengan ahli keluarga sepanjang lawatan mereka di penjara ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah tidak boleh menganggu proses oleh pihak penjara.

"Hakikatnya Anwar adalah seorang banduan. Oleh itu beliau tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Penjara.

"Pengarah Penjara menggunakan kuasa budi bicaranya untuk membuat keputusan dan beliau tidak mempunyai tanggungjawab statut untuk memberikan sebab berbuat demikian," katanya.

Dalam permohonan semakan kehakiman difailkan pada Mei tahun lalu, Anwar dan keluarga memohon perintah supaya keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac 2016 yang tidak membenarkan mereka bersentuhan secara fizikal sepanjang lawatan di penjara, dibatalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 1:41 PM