KEHADIRAN 'Iron Man' menghiburkan murid tahun satu yang memulakan sesi persekolahan 2017. FOTO Zulaikha Zainuzman
KEHADIRAN 'Iron Man' menghiburkan murid tahun satu yang memulakan sesi persekolahan 2017. FOTO Zulaikha Zainuzman
Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Bagi mengurangkan rasa gemuruh dan gementar murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor memulakan sesi persekolahan, Guru Besar Fairus Ayub membawa adiwira 'Iron Man' bagi menghiburkan mereka.

Fairus berkata, dia mendapat idea memanggil adiwira berkenaan selepas menonton beberapa filem sepanjang cuti sekolah.

"Bagi saya murid tahun satu akan lebih gembira dan hilang rasa gementar selepas bertemu dengan adiwira.

"Saya menyewa kostum adiwira bersama dengan pelakon adiwira berkenaan di kedai berdekatan," katanya.

Turut hadir melawat murid tahun satu sekolah berkenaan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Shaari Osman bagi memantau sesi persekolahan baru di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 12:06 PM