ANGGOTA JBPM Chukai giat mencari mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Pinang, Kemaman.
ANGGOTA JBPM Chukai giat mencari mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Pinang, Kemaman.
Shamsudin Husin


Chukai: “Ayah keluar dari rumah kira-kira jam 3 pagi kerana mahu alihkan botnya dan selepas itu dia tidak pulang,” kata Mohd Azrie Zakari, 23, anak seorang nelayan, Zakari Kasim, 52, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pinang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi, Zakari dari Kampung Tok Kapor, Binjai dikatakan terjatuh ke dalam sungai selepas bot gentian kaca dinaikinya gagal dikawal sebelum terbalik dipercayai akibat tersangkut pada konkrit muka sauk milik Syarikat Air Terengganu (SATU).

Menurut Mohd Azrie, bapanya mahu mengalihkan bot ke bawah jambatan yang terletak satu kilometer dari tempat biasa dia meletakkan bot kerana ada orang mahu menyewanya.

“Ayah tunggu hingga air pasang untuk alihkan bot kerana kalau mahu lalu muka sauk Sungai Pinang, perlu pastikan air sungai betul-betul pasang.

“Saya hanya tahu kejadian menimpa ayah jam 10 pagi ketika bekerja dan kemudian saya bergegas ke sungai,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta di Pangkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong, dekat sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 9:27 AM