ELFIRA. FOTO The Wedding Duo (@theweddingduo)
ELFIRA. FOTO The Wedding Duo (@theweddingduo)
Syafil Syazwan Jefri


Siapa tidak mengenali pelakon, Elfira Loy. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, Elfira kini mampu tersenyum dengan pencapaiannya dalam bidang lakonan.

Tidak hanya memfokuskan kepada kerjaya lakonan semata-mata, pelakon berusia 22 tahun ini juga semakin selesa dan menyinar sebagai pengacara versatil untuk program TV.

Elfira sendiri mengakui, sekiranya dia diminta untuk memilih sama ada bidang lakonan, hatinya kini lebih cenderung untuk memilih pengacaraan lebih-lebih lagi, program berkonsepkan travelog.

“Menerusi bidang pengacaraan, saya dapat ekspresikan pendapat sendiri dan berkongsi dengan penonton,” katanya.

Terbaru, Elfira menggalas tanggungjawab menjadi salah seorang peneraju rancangan Extreme Road Trip yang akan ditayangkan di saluran Astro Bella bermula Sabtu ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 7:50 AM