MENIKMATI pemandangan matahari terbenam di Lexis Hibiscus
MENIKMATI pemandangan matahari terbenam di Lexis Hibiscus
PEMANDANGAN senja Selat Melaka dan Lexis Hibiscus
PEMANDANGAN senja Selat Melaka dan Lexis Hibiscus
RUANG bilik luas dan selesa di Sojourn jadi pilihan keluarga moden habiskan hujung minggu dengan aktiviti ‘staycation’.
RUANG bilik luas dan selesa di Sojourn jadi pilihan keluarga moden habiskan hujung minggu dengan aktiviti ‘staycation’.
AKTIVITI ‘staycation’ bukan saja popular dalam keluarga malah ramai golongan  muda gemar menghabiskan cuti hujung minggu di lokasi berhampiran rumah.
AKTIVITI ‘staycation’ bukan saja popular dalam keluarga malah ramai golongan muda gemar menghabiskan cuti hujung minggu di lokasi berhampiran rumah.
PENGALAMAN gastronomi berbeza yang boleh dinikmati di Roselle dan Umi.
PENGALAMAN gastronomi berbeza yang boleh dinikmati di Roselle dan Umi.
PAKEJ ‘staycation’ Sojourn mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk di taman perumahan sekitarnya.
PAKEJ ‘staycation’ Sojourn mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk di taman perumahan sekitarnya.
HIDANGAN sihat dan menyelerakan menjadi tarikan di Restoran Mama Kim ini.
HIDANGAN sihat dan menyelerakan menjadi tarikan di Restoran Mama Kim ini.
Nor Faizah Mohamed


“Staycation? Macam pernah dengar,” ujar teman penulis kala diajak melakukan aktiviti ‘staycation’ di Port Dickson dan Pandan Indah, baru-baru ini.

Bagi kalangan urban dan generasi hipster, ‘staycation’ atau ‘stay vacation’ ini mula menjadi kelaziman berikutan faktor kewangan yang terhad, mudah, unik serta hampir dengan kediaman.

‘Staycation’ yang bermaksud percutian di rumah, berhampiran dengan lokasi kediaman dan percutian dalam negeri ini sebenarnya popular pada lewat 2007 di Amerika Syarikat apabila rakyatnya berdepan krisis ekonomi berpunca daripada harga minyak yang meningkat secara mendadak.

Keadaan itu membuatkan kebanyakan keluarga tidak mampu untuk menghabiskan cuti musim panas di luar negara seperti kebiasaannya lalu memilih lokasi di sekitar kediaman atau kejiranan mereka.

Kini ‘staycation’ kembali hangat susulan perubahan ekonomi dunia, selain idea unik dan menarik yang ditampilkan pengusaha hotel tempatan dalam mempromosikan ‘staycation’ ini.

Meskipun masih samar mengenai ‘staycation’ selepas diberitahu mengenainya, si teman tetap menemani kerana ingin tahu apakah yang seronoknya dengan konsep bercuti ‘di belakang rumah’ ini.

Sojourn Guest House di Pandan Indah, Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama kerana jaraknya hanya 20 kilometer dari kediaman kami.

Sojourn menjadi perhatian warga kota terutama dalam kalangan wanita muda kerana adanya pakej spa khusus untuk ‘staycation’ ini.

Pengunjung bukan saja dapat bermalam di bilik hotel bertaraf tiga bintang pada harga berpatutan malah disertakan pilihan urutan atau rawatan wajah di Spa Herbaline dalam bangunan yang sama.

Rawatan kombinasi moden dan tradisional diperkenalkan dalam pakej rawatan spa sebagai salah satu cara beristirahat secara menyeluruh.

Justeru, sesi urutan batu jed dan rawatan pembersihan mendalam pada wajah menjadi pilihan kami berikutan ia pakej paling digemari pengunjung di spa itu.

Pada masa sama, rawatan lilin parafin kaki juga disediakan sebagai nilai tambah sesi rawatan terbabit.

Usai sesi rawatan wajah dan urutan yang melegakan, perut kelaparan pula diraikan dengan hidangan menyihatkan di Restoran Mama Kim, juga dalam bangunan sama.

Menurut Pengurus Urusan HBL Global Wellness Group Sdn Bhd, CK Low, pakej ‘staycation’ tiga dalam satu yang diperkenalkan di Sojourn ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk tempatan.

“Menariknya majoriti pengunjung Sojourn adalah penduduk dari taman perumahan berhampiran dan sekitar Kuala Lumpur.

“Konsep percutian yang berdekatan dengan rumah ini nampaknya mula menjadi trend dan dilihat sebagai salah satu aktiviti menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

“Ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi dan tidak memakan masa lama. Biasanya ramai yang mengambil pakej ‘staycation’ satu atau dua malam saja kerana ia sudah memadai untuk diri lari seketika daripada rutin harian di rumah,” katanya.

Lambaian sang nelayan

Selang beberapa minggu selepas itu, Hotel Lexis Hibiscus di Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi lokasi ‘staycation’ kedua penulis dan beberapa rakan.

‘Staycation’ kali ini lebih ramai jumlah kehadirannya kerana bilik premium di hotel unik itu mempunyai kapasiti antara empat ke enam orang dalam satu masa.

Selain dapat menghabiskan masa dengan teman rapat sepanjang 80 minit pemanduan meredah Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur, ‘staycation’ kali ini disertai dengan keraian ulang tahun salah seorang daripada kami dan peluang merasai sendiri perbezaan ‘staycation’ di Malaysia bagi seorang rakan dari Korea Selatan, selain kejutan untuk dua teman yang pulang seketika ke tanah air selepas menetap lama di Australia.

Konsepnya masih sama iaitu sesi merehatkan fizikal dan minda, di samping lari seketika daripada hiruk-pikuk kota.

Bagaimanapun di Lexis Hibiscus tiada pakej khusus seperti spa, aktiviti air dan sebagainya tetapi kolam renang yang disediakan di dalam setiap bilik menjadi tarikan utamanya.

Daripada konsep menjadi realiti, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka.

Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia.

Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam yang mempesonakan.

Disebabkan tempatnya yang luas dan lebar sehingga ke tengah laut, buggy menjadi kenderaan utama di hotel ini, selain pengunjung boleh menyewa basikal pada harga berpatutan.

Dengan menggunakan perkhidmatan buggy, kami tidak perlu berjalan ke Roselle Coffee House, Restoran Jepun Umi, Hibiscus Lounge atau Sky Lounge untuk menjamu selera.

Bagi yang bersama keluarga dan membawa anak kecil, Kids World di tingkat dua bangunan utama menjadi lokasi tumpuan sambil ahli keluarga lain menikmati pemandangan menarik Selat Melaka.

Sudah namanya wanita, Spa Lex dikunjungi bagi merasai urutan Swedish yang popular dalam kalangan pengunjung.

Selesai sesi di spa, kolam renang di dalam bilik sekali lagi dituju dan aktiviti di kolam berlarutan sehingga lewat malam.

Ada dalam kalangan kami yang berkesempatan menyaksikan matahari terbit dari kolam pada sebelah paginya sambil ditemani bot nelayan yang dalam perjalanan pulang ke daratan.

‘Staycation’ sememangnya satu pengalaman menarik. Ia bukan saja melegakan tubuh serta minda yang terlalu letih dek bebanan tugasan harian malah membantu diri meneroka lokasi serta aktiviti menyeronokkan di tempat sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 11:47 AM