KEADAAN rumah kampung yang dijadikan sarang pelacuran oleh dua wanita warga Vietnam.
KEADAAN rumah kampung yang dijadikan sarang pelacuran oleh dua wanita warga Vietnam.
Oleh Nur Saliawati Salberi

Klang: Rahsia sebuah rumah kampung di Jalan Meru Batu 5, yang tidak henti didatangi 'tetamu tidak diundang' akhirnya terbongkar apabila sepasukan polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak beberapa bulan lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang kelmarin, polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran, malah ketika serbuan, seramai 13 lelaki yang juga pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks dan ada antara pelanggan yang masih memakai kondom.

Difahamkan, rumah yang dihuni dua wanita warga Vietnam lingkungan 40-an itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM40 dan menyasarkan lelaki warga asing sekitar daerah ini.

Sumber polis berkata, hasil risikan, polis mendapati rumah itu sentiasa dipenuhi lelaki warga asing dan jumlahnya bertambah pada hujung bulan apabila kebanyakan pelanggan menerima gaji masing-masing.

Katanya, kedudukan rumah itu yang terselindung di sebalik sebuah bengkel membaiki lori menyukarkan pihak berkuasa dan orang ramai mengesan kegiatan yang dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:12 AM