PENJELASAN dimuat naik di laman sosial. FOTO Instagram/laraalanaa
PENJELASAN dimuat naik di laman sosial. FOTO Instagram/laraalanaa
Michelle Gun


Kuala Lumpur : Pasangan pelakon dan pengacara popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari menjelaskan mereka tidak pernah menghalang peminat untuk bermesra dengan anak mereka, Lara Alana yang berusia 22 bulan.

Awal, 35, sebelum ini memuat naik gambar anaknya beserta status di Instagram meminta peminat supaya tidak mencium pipi Lara kerana dia mengalami alahan kulit terhadap gincu.

Kenyataan itu sekali gus mengundang komen negatif daripada segelintir pengikut malah ada menuduh pasangan itu sombong dan terlampau memanjakan anak.

Menurut Scha, 33, anaknya itu mempunyai masalah kulit Ekzema yang turut dihidapinya dan mereka membuat tindakan itu bagi mengelak alahan timbul.

“œAlahan merah akan timbul pada kulit Lara setiap kali ada peminat yang memakai gingu mencium pipinya. Masalah itu berlarutan sejak lebih setahun lalu dan saya sudah membawa Lara berjumpa dengan doktor," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 8:07 PM