SUSPEK  diberkas polis selepas meragut seorang wanita yang baru keluar dari bank. FOTO ihsan Polis
SUSPEK diberkas polis selepas meragut seorang wanita yang baru keluar dari bank. FOTO ihsan Polis
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Lelaki ditahan polis selepas meragut beg tangan wanita yang baru keluar dari bank di Bandar Baru Air Itam, di sini pagi semalam.

Kejadian berlaku 6 pagi ketika mangsa berusia 42 tahun baru sahaja mengeluarkan wang dari bank berkenaan dan berjalan seorang diri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua lelaki menunggang motosikal merentap beg tangan mangsa dan mangsa yang terjatuh di atas jalan menjerit meminta tolong sambil bergelut dengan peragut.

Katanya, beberapa anggota polis kebetulan membuat rondaan bergegas ke lokasi kejadian dan menahan seorang suspek berusia 28 tahun manakala rakannya meloloskan diri.

Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pegawai pentadbiran di IPK Pulau Pinang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 8:53 PM