USTAZ Hanif Azmir mengimamkan solat hajat bagi memohon hujan. FOTO Amir Irsyad Omar
USTAZ Hanif Azmir mengimamkan solat hajat bagi memohon hujan. FOTO Amir Irsyad Omar
Rudy Syareme Sheriffuddin


Georgetown: Lebih 300 orang menunaikan solat hajat secara berjemaah memohon hujan di Masjid Negeri, Jalan Air Itam di sini, pagi tadi.

Solat hajat mulai 8 pagi itu disertai pelajar Sekolah Menengah Teknik Abdul Rahman Putra, Batu Lanchang, Kolej Vokasional Batu Lanchang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Ia diimamkan Penolong Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hanif Azmir Hassim.

Imam Besar, Masjid Negeri Ustaz Salahudin Ghozali turut menyampaikan tazkirah kepada jemaah selain melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas hujan sejak malam kelmarin.

Menurutnya, solat hajat diadakan bagi menggantikan Solat Istiqa selain memohon agar hujan berterusan dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 10:27 AM