MANGSA ditemui rentung di dalam rumahnya. FOTO Ihsan bomba.
MANGSA ditemui rentung di dalam rumahnya. FOTO Ihsan bomba.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Lelaki berusia 50 tahun ditemui rentung selepas rumahnya di Kampung Tengah, Kuala Kedah, di sini, terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa Aziz Wahab dipercayai sedang tidur gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.14 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 3.32 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba api marak dan seramai dua pegawai serta 16 anggota bomba memadamkan kebakaran.

"Rumah terbabit terbakar hampir 98 peratus dan api berjaya dikawal tidak lama kemudian.

"Kita juga menemui seorang lelaki rentung sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 9:04 AM