Keadaan bas yang tinggal rangka selepas terbakar menyebabkan 14 mati di Yinchuan, China. Gambar kecil, Ma Yongping, yang disyaki memulakan kebakaran itu. - Foto Reuters/SCM
Keadaan bas yang tinggal rangka selepas terbakar menyebabkan 14 mati di Yinchuan, China. Gambar kecil, Ma Yongping, yang disyaki memulakan kebakaran itu. - Foto Reuters/SCM

Beijing: Polis berjaya menahan lelaki yang disyaki menyebabkan kebakaran dalam bas menyebabkan 17 terbunuh dan 32 lagi cedera, petang tadi.

Lelaki itu, Ma Yongping, ditahan di satu tapak pembinaan dan dikatakan mengancam untuk terjun dari bangunan dalam pembinaan itu ketika dikepung polis.

Menurut stesen televisyen CCTV, polis berjaya memujuk lelaki berusia 33 tahun itu selama beberapa jam sebelum menahan dan menggarinya.

Dalam kejadian pagi tadi, sebuah bas terbakar di Yinchuan, bandar utama wilayah Ningxia, kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan dan bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

Menurut CCTV, 32 yang cedera itu berusia antara 20 hingga 65 tahun dengan lapan daripadanya cedera parah. - AFP

Berita berkaitan: Lelaki bakar bas, 14 mati

http://www.hmetro.com.my/node/105019

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 7:56 PM