TERTUDUH (dua kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

TERTUDUH (dua kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Seorang chef selebriti warga Singapura dituduh di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru Johor atas dakwaan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap lelaki, 22, di tempat letak kereta di sini, pada 10 Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Mustaqim Juri, 38, juga menghadapi pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan menakutkan secara jenayah terhadap ibu mangsa yang berusia 47 tahun.

Tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 377 C dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin sementara pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Hakim juga menetapkan 17 Januari untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Asram Zakaria manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Sheela Marlina Uttaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 1:37 PM