Laporan Harian Metro hari ini
Laporan Harian Metro hari ini
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Gombak: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan melaksanakan pembaikan segera membabitkan runtuhan tanah di Jalan Os 1/ 2, Taman One Selayang, di sini hari ini.

Menurut kenyataannya, pada masa ini kawasan runtuhan itu ditutup menggunakan kanvas sementara anggaran kos pembaikan dijalankan.

"Berlaku runtuhan tembok longkang di jalan os 1/2 Taman One Selayang menjejaskan kawasan parking kenderaan dan sktruktur longkang.

"Anggaran runtuhan tembok 30 meter (m) panjang x 4m tinggi dan anggaran jarak kawasan runtuhan dengan bangunan kedai sejauh 15m," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan beberapa pemilik kenderaan yang diletakkan di Jalan Oc 1/ 2, One Selayang, di sini panik apabila tebing di kawasan parkir di situ runtuh susulan cuaca buruk dan hujan lebat pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2024 @ 9:29 PM