LAPORAN Harian Metro sebelum ini
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor dan Sarawak diminta supaya bersiap siaga ekoran kemungkinan dilanda banjir kilat.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Notis Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Kilat yang dikeluarkan jam 6 petang tadi memaklumkan ia berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia-

Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).

Katanya, terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi terbabit sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

"Antara kawasan yang berisiko banjir kilat di Kedah iaitu Kuala Muda Kampung Batu 2 (belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Min Terk).

"Di Negeri Sembilan pula membabitkan tiga daerah iaitu Jelebu, Rembau dan Seremban termasuk Taman Sri Kenaboi, Kampung Mayor, serta Kampung Sungai Raden," katanya.

Menurutnya, terdapat empat daerah di Selangor yang berisiko banjir kilat iaitu beberapa kawasan di Gombak dan Petaling termasuk Kampung Sungai Kertas serta Shah Alam selain Kampung Rantau Panjang di Kuala Selangor dan Kampung Rantau Panjang di Sepang.

"Selain itu, di Johor juga terdapat empat daerah yang dikhuatiri banjir kilat iaitu di Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak yang turut membabitkan Parit Johar, Kampung Kelantan, Labis dan Kampung Tanjung Gading Darat.

"Di Kuala Lumpur, antara lokasi yang berkemungkinan banjir kilat adalah PWTC, Jalan Rahmat, PPR Batu Muda, Jalan Kolam Air dan beberapa lokasi lain.

"Sementara itu, kawasan Sungai Siol, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, turut dikhuatiri dilanda banjir kilat," katanya.

Katanya, notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang

kemungkinan berlakunya banjir kilat.

"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir dan layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2022 @ 8:55 PM