ANGGOTA RELA dilihat mengawal pergerakan kenderaan di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
ANGGOTA RELA dilihat mengawal pergerakan kenderaan di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Semua aliran trafik di lebuh raya menghala ke utara, timur dan selatan lancar setakat jam 2 petang hari ini.

Menerusi perkongsian di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), syarikat konsesi syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad mengemaskini trafik lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua arah setakat jam 1.30 petang.

Bagaimanapun, trafik perlahan sebelum Plaza Tol Gombak arah timur berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur pada 2.02 petang di KLK.

Selain itu, di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) terdapat insiden lori terbakar di laluan Sungai Perak ke Terowong Menora di Kilometer 259.8 arah selatan jam 12.44 tengah hari.

"Lorong kiri ditutup dan trafik perlahan di lokasi," tulisnya.

Selain itu, aliran trafik juga lancar di lebuh raya menghala ke selatan dan tiada sebarang insiden dilaporkan berlaku.

"Aliran trafik keluar ke utara di Plaza Tol Sungai Besi juga lancar setakat jam 2 petang ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2022 @ 2:35 PM