WAN Hassan (kiri) pada Majlis Pelancaran Op Selamat 18/2022 Sempena Hari Raya Aidilfitri PDRM Kedah.  FOTO Zuliaty Zulkifli.
WAN Hassan (kiri) pada Majlis Pelancaran Op Selamat 18/2022 Sempena Hari Raya Aidilfitri PDRM Kedah. FOTO Zuliaty Zulkifli.
Zuliaty Zulkiffli


Gurun: Siasatan awal kes pergaduhan membabitkan 13 pelajar sebuah sekolah menengah di Langkawi dipercayai akibat ejek mengejek.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, siasatan lanjut masih dilakukan untuk membantu menyelesaikan kes ini.

Beliau turut mengarahkan Ketua Polis Daerah Langkawi supaya memanggil ibu bapa semua pelajar terbabit untuk diambil keterangan supaya masalah ini tidak berlarutan.

"Kita bimbang takut ada nanti elemen balas dendam, tak puas hati dan sebagainya.

"Kejadian pergaduhan ini sudah tular di laman sosial yang membabitkan 13 pelajar tingkatan empat sekolah terbabit," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ops Selamat 18/2022 sempena Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah utara, hari ini.

Wan Hassan berkata, laporan polis sudah dibuat dan siasatan dilakukan di bawah merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:

  • Belasah rakan, 13 pelajar sekolah ditahan
  • Tunggu polis pi kutip hang pa
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 6:18 PM