Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 23,608,290 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,258,110 orang menerima dos kedua.

"Mengikut peratusan, 47 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka," katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 adalah pemberian dos pertama manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.

Pick dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Ogos 2021 @ 9:18 AM