FOTO hiasan
FOTO hiasan
Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Dua sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu ditutup selama seminggu berikutan laporan penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar dan guru.

Melalui pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah semalam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, di sini dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kubang Pasu diarahkan tutup bermula hari ini hingga 9 November.

"Penutupan dua sekolah itu dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dan disinfeksi dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sekolah ini akan dibuka semula pada Selasa depan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 10:34 AM