TARIKH penuntut kembali ke kampus masing-masing di Kedah dan Sarawak terpaksa ditangguhkan disebabkan peningkatan kes Covid-19. FOTO Arkib NSTP
TARIKH penuntut kembali ke kampus masing-masing di Kedah dan Sarawak terpaksa ditangguhkan disebabkan peningkatan kes Covid-19. FOTO Arkib NSTP
Rosman Shamsudin

TARIKH penuntut kembali ke kampus masing-masing di Kedah dan Sarawak terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, penangguhan itu dibuat disebabkan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua negeri terbabit yang memerlukan tindakan proaktif daripada pihak KPT.

Menurutnya, kemasukan penuntut di lain-lain negeri pula adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri masing-masing berpandukan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkini.

Katanya, beliau berpuas hati dengan persediaan semua IPTA di seluruh negara yang akan menerima kemasukan pelajar sepenuhnya menjelang Oktober bagi menjalani pengajian di kampus masing-masing.

"Di samping itu, kita juga mengadakan penerangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dengan pihak universiti dan pihak KKM sendiri akan datang meninjau keadaan di pusat pengajian," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2020 @ 2:31 PM