GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Hidayah Tanzizi


JABATAN Kesihatan Negeri Perak (JKNP) mengesahkan seorang seorang pelajar tahfiz di Sungai Besar, Selangor yang tinggal di Hilir Perak positif Covid-19.

Pengarah JKNP, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam, Selangor memaklumkan keputusan ujian saringan berkenaan kepada PKD Hilir Perak pada 11.30 pagi hari ini.

"Kes terakhir dikesan di mukim tempat tinggalnya di Hilir Perak pada 12 April lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, PKD Hilir Perak masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan itu.

"Kes yang tidak menunjukkan sebarang gejala itu sudah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut.

"Semua kontak rapat kes sudah diasingkan bagi tujuan pengawasan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 9:30 PM